SEKOLAH KEBANGSAAN BLAU

SEKOLAH KEBANGSAAN BLAU
18300 GUA MUSANG KELANTAN
DBA8032

Pengenalan


SEKAPUR SIRIH




Assalamualaikum w.b.t,

           Syukur Alhamdulillah kerana Buku Pengurusan Sekolah untuk sesi 2013 telah dapat disiapkan dengan sempurna. Segala yang ada di dalam buku ini akan menjadi garis panduan kasar untuk semua    guru dan staff  2013 amnya dalam melaksanakan tugas harian. Adalah diharapkan dengan adanya buku ini akan dapat melicinkan lagi perjalanan Sekolah Kebangsaan BLAU dalam pengurusan pentadbiran.

Segala beban tugas yang ada di dalam buku ini adalah tertakluk kepada hasil muafakat dan kerjasama antara kita semua. Sesungguhnya kerjasama dan sifat bertanggungjawab para guru akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kita semua, kerana dengan kekuatan dan sifat kekeluargaan yang wujud dikalangan warga sekolah akan dapat menjaminkan serta menghasilkan mutu yang terbaik untuk anak didik kita. Dengan ini saya mengucapkan selamat bertugas dan berjaya melaksanakan  tanggungjawab agar ianya menjadi satu kenyataan.

Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”



(Wan Abd Talib B. Wan JUsoh)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan BLAU,
183000 Gua Musang,
Kelantan.

Tarikh  : 1 Januari 2013

Tiada ulasan: